Cari Blog Ini

Halaman

Khamis, 8 April 2010

PEMBEBATAN DAN PEMBALUTAN

PEMBALUT KEPALA
Kegunaan :

pembalut segititiga yang belum berlipat boleh digunakan untuk memegang pembebat yang ringan pada kepala walaupun ia tidak cukup kuat untuk memberi tekanan bagi mengawal dan mancegah pendarahan. Mintalah mangsa supaya duduk. Ini akan memudahkan untuk menggunakan pembalut pada kepala mangsa itu.

Kaedah:
1. Letakkan asas pembalut di tengah-tengah dahi mangsa supaya ia terletak di atas kening. Biarkan hujung pembalut terjuntai di belakang bahu.
2. Bawa kedua-dua hujung pembalut di sekeliling kepala pada belakang telinga. Silangkan kedua-dua hujung pada titik pertemuan pembalut pada tengkuk.
3. Bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat di tengah-tengah dahi dengan sinpulan buku sila.
3. Teguhkan kepala mangsa dan tarik titik pembalut untuk mengetatkan lilitan dan memperkemaskan pembalutan atas kepala, kemudian disemat dengan pin.

PEMBALUT TANGAN DAN KAKI




Kegunaan :


pembalut segitiga boleh juga digunakan untuk meneguhkan pembebat pada tangan atau kaki walaupun pembalut jenis ini tidak dapat memberi tekanan yang cukup bagi mengawal dan mencegah pendarahan.




Kaedah :


1.lipat satu kelepet pada asas pembalut. letakkan tangan mangsa itu dengan pembebat pada atas pembalut dan bawa titik pergelangan tangan


2. Lalukan kedua hujung pembalut di sekeliling pergelangan tangan. Silangkan hujung pembalut dan ikat. Tarik titik pembalut untuk mengetatkan lilitan pada atas simpulan dan kemudian selitkan dibawah lapisan pembalut.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan